Tuesday 18 December 2012

Singgh Lok... di Pusa

Singgah Bermalam di Pusa



          Singgah Lok... SARAWAKfm bakal berkampung di Pusa hujung minggu ini, 21 hingga 23 Disember 2012. Pelbagai aktiviti sudah dirangka bakal diadakan bersempena dengan program Singgah Lok... SARAWAKfm antaranya seperti solat berjemaah dan ceramah agama pada malam 21 Disember, pelbagai pertandingan antaranya pertandingan karaoke, pertandingan ratu kebaya, pertandingan tarian ala bollywood, pertandingan bertandak, pertandingan tarik tali antara kampung (sukaneka), sukaneka, senam seni, persembahan artis, pelbagai permainan ringkas dan macam-macam lagi.
          Untuk itu SARAWAKfm akan tampil dengan satu sidang media petang esok (19 Dismber) bertempat di Penview Hotel jam 3 petang. Untuk tujuan promosi SARAWAKfm juga akan tampil menerusi Sarawak Aktif jam 9 - 10 pagi esok. Untuk maklumat lebih lanjut ikuti Sarawak Aktif Astro Saluran180 esok.
          Terima kasih diucapkan kepada penaja, penyumbang dan yang membantu menjayakan program Singgah Lok... SARAWAKfm seperti Bas Asia yang menajakan perjalanan kami dari Kuching ke Pusa menggunakan bas Asia, Penview Hotel yang menaja tempat makanan dan minuman serta lokasi untuk sidang media esok (19 Disember) dan banyak lagi pihak lain... terima kasih daun keladi.


No comments:

Post a Comment