Monday 11 March 2013

Mukah... Destinasi Seterusnya

Seterusnya Mukah Di Kunjungi...

Berderak dari pekan Selangau melalui jalan yang begitu baik kami tiba di bandar Mukah dalam masa sejam. Selangau kami tinggalkan terus meninjau disekitar bandar Mukah yang begitu pesat membangun baik dari aspek pembangunan infrastruktur, pembangunan modal insan, sosio ekonomi dan pelbagai lagi. Siapa yang tidak kenal dengan Mukah, bandar yang terkenal dengan produk yang berasaskan sagu (pokok rumbia) seperti tebaloi, lemantak, tepung sagu, hasil lautnya yang segar dan makanan yang cukup popular 'umai'. Mukah kini menjadi nadi penghubung antara kawasan, pekan atau daerah serta kampung-kampung sekitarnya dengan bandar-bandar besar yang lain seperti, Sibu, Bintulu, Miri dan juga kawasan perindustrian serta hab halal - Tanjung Manis..
Penghulu Jasni bt. Ranmli... pembangunan pesat kini dinikmati oleh penduduk di Mukah...

DJ Edwin turut menemubual Penghulu Jasni...
En. Ryandy b. Teckin... lebih kepada pembangunan pemuda dan belia di Mukah....
Sosio ekonomi sebahagian mesyarakat di Mukah... sebagai nelayan.. fenomena biasa di pasar basah bandar Mukah yang terletak di tebingan sungai Mukah.
Di pasar sayur dan hasil hutan di bandar Mukah...
Ulat mulong... antara yang terdapat di pasar sayur dan hasil hutan di bandar Mukah.
Pelbagai pilihan terdapat di sini...
Nak beli barang ke nak buat temubual.... DJ Rosli dan DJ Edwin....
Menemubual peniaga kecil di Mukah... Hjh Nafisah
Antara produk yang terdapat di pasar yang menempatkan ramai peniaga kecil.... 
Salah seorang peniaga kecil di pasar tersebut... DJ Edwin cuba menemubual beliau.
Makcik Hjh Nafisah... menguntungkan dan mendapat bantuan kerajaan.
Terima bantuan kerajaan... En. Dod bin Nyabat antara pengusaha kecil-kecilan dari daerah Dalat.
DJ Rosli... pilih barang nak beli ke....
DJ Edwin... nak beli sayur lepas tu buat rakaman temu bual dengan peniaga kecil....
Peniaga di pasar basah.... udang dan ikan segar.... di Mukah.


No comments:

Post a Comment