Monday 10 December 2012

Singgah Lok... SARAWAKfm - Limbang Nov 2012

Singgah Lok... SARAWAKfm Singgah Di Limbang

     Edisi kedua Singgah Lok... SARAWAKfm singgah di Limbang pada 24 & 25 November 2012. Dengan tujuan dan impian yang sama seperti apa yang telah dibuat di Sadong Jaya, kru SARAWAKfm yang terdiri dari En. Montogomary Montahar - Pengurus SARAWAKfm, En. Saiful Arini W. - Penolong Pengurus SARAWAKfm, Hj. Mohd. Rosli Muta - Penerbit Eksekutif Singgah Lok... SARAWAKfm, DJ Norazizah Drahman - Penerbit Singgah Lok... SARAWAKfm dan kru yang lain seperti DJ Yuz (Pen. Penebit Singgah Lok... SARAWAKfm), DJ Emilina, DJ AJ dan DJ Melati antara kru SARAWAKfm yang bertandang ke Limbang.
DJ AJ dan DJ Emi... nak gi Limbang
     Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Pertandingan Karaoke, Pertandingan Bertandak / Bermukun, Pertandingan Ratu Kebaya, Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak, Gerai Pameran, Gerai Jualan dan pelbagai lagi permainan dan kuiz.
     Antara program yang menarik telah diadakan semasa Singgah Lok... SARAWAKfm di Limbang selain aktiviti tersebut tadi ialah persembahan artis seperti Keena Mentor dan Dali Ahli Fiqir. Persembahan pentas telah diadakan bermula jam 8.30 malam bermula dengan Pertandingan Karaoke Akhir dengan 5 orang finalisd kemudian persembahan artis jemputan Keena dan Dali. Tepat jam 1015 malam siaran langsung Bermukun telah diadakan dan berakhir jam 12.00 tengah malam.
Singgah Lok... SARAWAKfm singgah di Limbang 24 & 25 November bertempat di Medan Letak Kereta MDL.
     Pelbagai aktiiti sampingan lain telah diadakan untuk menarik pendengar sekitar bandar Limbang turut serta dalam aktiviti tersebut antara lainnya ialah permainan ringkas serta kuiz - permainan makan buah langsat, permainan membuka dan makan buah durian, sukaneka dan sebagainya.
Petugas dari Jabatan Kesihatan / Hospital Limbang turut turun padang...
Mmmm... ni pendaftaran apa... atau ada jual sesuatu ker?
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanakj Terbuka....
Penerbit ... menemuramah pengunjung... Singgah Lok... SARAWAK fm di Limbang
Mmmm menarik... pertandingan membuka dan makan buah durian...
Pertandingan Bertandak... antara pasangan yang turut bertandingan... sedondon biru...
Untuk kenangan... bersama pemenang pertandingan bertandak...
Kebetulan musim buah... buah kembayau(dabai), durian, terap dan macam-macam buah lagi...
Kebetulan pula ketika itu musim buah di kawasan utara Sarawak khasnya di Limbang, buah kembayau atau buah dabai (di kawasan lain di Sarawak), buah durian, buah terap, buah cempedak dan macam-macam jenis buah lagi. Buah dabai dijual dengan harga serendah RM3.00 sekilo dan durian ada yang RM1.00  sebiji. Sempat juga saya dan rakan sekerja DJ Rosli makan buah durian tembaga mmmm dengan harga seikat (7 biji) RM15.00. 
Mmmm sedapnya buah durian... musim buah
Ini jenis apa pulak...? Tetap buah durian juga namanya....
Juara Karaoke Singgah Lok.. SARAWAKfm
'Last nite' di Limbang... terima kasih warga Limbang.

No comments:

Post a Comment