Wednesday 14 November 2012

Singgah Lok... SARAWAKfm, Sadong Jaya

Singgah Lok... SARAWAKfm Singgah di Sadong Jaya...
Sebahagian kru SARAWAKfm... Singgah Lok... SARAWAKfm di Sadong Jaya.
Dari kiri DJ Muz, DJ Nana, Shaq Raini, DJ Mirza, DJ Syaza dan DJ Barb.
DJ Yus, DJ Rosli, DJ Nana, DJ Syaza dan DJ Arm... beraksi di pentas...
          Debaran, kegusaran, kerisauan dan kegelisahan akhirnya berbalas jua dengan kejayaan program atau aktiviti pertama Singgah Lok... SARAWAKfm yang telah diadakan di daerah kecil Sadong Jaya pada 3 dan 4 November 2012. Terima kasih warga Sadong Jaya yang cukup sporting dan memberi kerjasama yang begitu  baik dalam menjayakan aktiviti tersebut.
          Singgah Lok... SARAWAKfm, Sadong Jaya merupakan program pertama SARAWAKfm yang seumpamanya diadakan tahun 2012. Tahniah kepada semua warga SARAWAKfm yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut terutamanya penerbit program tersebut DJ Rosli Muta, penolong penerbitnya, DJ Mirza dan semua DJ - DJ yang terlibat antaranya DJ AJ, DJ Yuz, DJ Arm, DJ Nana, DJ Barb, DJ Syaza, DJ Uji, DJ Sue (Surinam), DJ Sarina dan DJ Muz.
YB Hjh. Nancy Hj. Shukri ditemubual secara langsung... DJ Corner Singgah Lok... SARAWAKfm.
Sebahagian masyarakat  di Sadong Jaya hadir memeriahkan Singgah Lok... SARAWAKfm...          
          Program 2 hari itu telah dirasmikan oleh YB Hjh Nancy Hj Shukri pada 3 November 2012 dan majlis penangguhannya telah dilakukan oleh YB Ir. Aidel Lariwoo. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pertandingan Karaoke Sensasi Singgah Lok..., Pertandingan Kebaya Singgah Lok..., Pertadingan Pasangan Pengantin Singgah Lok..., Pertandingan Bertandak/Bermukun Singgah Lok..., Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak, Mewarna Kanak-Kanak, Sukaneka, Senam Seni dan banyak lagi.
          Program yang berkonsepkan mini karnival itu turut menyediakan gerai jualan dan pameran serta beberapa demonstrasi seperti masakan, tatarias, solekan dan pelbagai lagi. Turut memeriahkan program tersebut ialah Daus dan artis tempatan seperti Nurfaezah Busman, Stanley, band Say Hello and Good Morning dan beberapa orang lagi.
Daus turut sama membuat persembahan semasa program Singgah Lok... SARAWAKfm
Antara peserta Pertandingan Ratu Kebaya Singgah Lok...
Gangnam Style... kumpulan penari yang sama-sama mencuri perhatian semasa Singgah Lok...
Peserta Pertandingan Pasangan Pengantin dan Tatarias Pengantin Singgah Lok...
Sumbangan daripada SARAWAKfm menerusi program Titik Sentuhan SARAWAKfm...
untuk golongan yang kurang bernasib baik (miskin) disampaikan oleh YB Hjh Nancy dan YB Ir. Aidel...
Acara bermukun / bertandak cukup sinonim dengan SARAWAKfm...
live bermukun dari Sadong Jaya ...
          Program Singgah Lok... SARAWAKfm telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada Pegawai Daerah Asayajaya, Puan. Rubiah Hj. Wang, pejabat daerah kecil sadong Jaya dan masyarakat setempat di Sadong Jaya termasuk semua yang terlibat menjayakan program Singgah Lok... SARAWAKfm. Tidak dilupakan juga terima kasih tidak terhingga kepadam penyumbang / penaja seperti A & E Event Management, Bas Asia, Perodua Aerodrive Matang, Keringkam Jingga, Utusan Sarawak dan semua syarikat, jabatan, agensi kerajaan dan swasta dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sama-sama menjayakan Singgah Lok... SARAWAKfm.



No comments:

Post a Comment