Monday 11 March 2013

Mukah... Destinasi Seterusnya

Seterusnya Mukah Di Kunjungi...

Berderak dari pekan Selangau melalui jalan yang begitu baik kami tiba di bandar Mukah dalam masa sejam. Selangau kami tinggalkan terus meninjau disekitar bandar Mukah yang begitu pesat membangun baik dari aspek pembangunan infrastruktur, pembangunan modal insan, sosio ekonomi dan pelbagai lagi. Siapa yang tidak kenal dengan Mukah, bandar yang terkenal dengan produk yang berasaskan sagu (pokok rumbia) seperti tebaloi, lemantak, tepung sagu, hasil lautnya yang segar dan makanan yang cukup popular 'umai'. Mukah kini menjadi nadi penghubung antara kawasan, pekan atau daerah serta kampung-kampung sekitarnya dengan bandar-bandar besar yang lain seperti, Sibu, Bintulu, Miri dan juga kawasan perindustrian serta hab halal - Tanjung Manis..
Penghulu Jasni bt. Ranmli... pembangunan pesat kini dinikmati oleh penduduk di Mukah...

DJ Edwin turut menemubual Penghulu Jasni...
En. Ryandy b. Teckin... lebih kepada pembangunan pemuda dan belia di Mukah....
Sosio ekonomi sebahagian mesyarakat di Mukah... sebagai nelayan.. fenomena biasa di pasar basah bandar Mukah yang terletak di tebingan sungai Mukah.
Di pasar sayur dan hasil hutan di bandar Mukah...
Ulat mulong... antara yang terdapat di pasar sayur dan hasil hutan di bandar Mukah.
Pelbagai pilihan terdapat di sini...
Nak beli barang ke nak buat temubual.... DJ Rosli dan DJ Edwin....
Menemubual peniaga kecil di Mukah... Hjh Nafisah
Antara produk yang terdapat di pasar yang menempatkan ramai peniaga kecil.... 
Salah seorang peniaga kecil di pasar tersebut... DJ Edwin cuba menemubual beliau.
Makcik Hjh Nafisah... menguntungkan dan mendapat bantuan kerajaan.
Terima bantuan kerajaan... En. Dod bin Nyabat antara pengusaha kecil-kecilan dari daerah Dalat.
DJ Rosli... pilih barang nak beli ke....
DJ Edwin... nak beli sayur lepas tu buat rakaman temu bual dengan peniaga kecil....
Peniaga di pasar basah.... udang dan ikan segar.... di Mukah.


Jelajah Ronda - Ronda SARAWAKfm Seterusnya...

Seterusnya Kru Ronda - Ronda SARAWAKfm Terus Menjelajah...

Perjalanan seterus kami bergerak terus menuju destinasi selanjutnyaiaitu di kawasan Parlimen Selangau dan Mukah. Pada hari yang ke 7 kru terus menjengah dan meninjau pembangunan yang dinikmati oleh penduduk di kawasan daerah Selangau dan daerah Mukah. Dengan keadaan jalanraya yang berturap penuh dan baik perjalanan kami lancar yang mengambil mmasa lebih kurang 1 jam dari bandar sibum ke pekan Selangau... lensa kamera kru Ronda - Ronda SARAWAKfm akan menceritakannya...
Cik Connie menunjukkan antara bantuan yang akan diberikan kepada rakyat bantuan KARISMA...
Cikgu Mathew dan Cikgu Peter ketika ditemubual....di pekan Selangau
Selangau kini menikmati pembangunan... Pn. Rohana dan Cik Connie...
Pembangunan akan berterusan di Selangau... YB Datuk Joseph Entulu Blaun MP  P216 - Selangau
Sebahagian dari rakyat dan ahli yang berhormat yang sempat kru Ronda - Ronda SARAWAKfm temui sepanjang Jelajah Ronda - Ronda SARAWAKfm dari Sri Aman hinggalah ke Lawas.


Friday 8 March 2013

Jelajah Ronda - Ronda SARAWAKfm Di Sibu

Perjalanan Kru Ronda - Ronda SARAWAKfm....Menjelajah Sibu Dan Lanang

Hari yang ke 6 kru Ronda - Ronda SARAWAKfm meneruskan penjelajahan meninjau pembangunan dan kemajuan yang telah dinikmati oleh masyarakat setempat. Bandar Sibu antara destinasi yang menarik kerana keunikkannya yang tersendiri telah menyerlahkan setiap kemudahan infrastrukturnya seperti juga di bandar besar yang lain - kemudahan infrastrukturnya yang lengkap, memuaskan dan mungkin ada kelebihannya dari bandar besar yang lain. Kita lihat sendiri lensa kamera kru Ronda - Ronda SARAWAKfm tika berkunjung ke bandar yang terkenal dengan buah 'dabai'nya....
Angsa.... lambang bandar Sibu....
Nadi utama penghubung Sibu dengan bandar, pekan atau kawasan di hulu Sungai Rajang... bot ekspres.
Temubual bersama dengan YB Dr. Annuar Rapiee... pembangunan Sibu...
Temubual bersama Ketua Kampung Hanafi Gesah... Kampung Banyok Sibu... yang terus membangun.
Datin Dyg. Fatiyah... Penghulu Kampung Nangka / Banyok, Sibu... terima kasih atas pembangunan....
Angsa... bandar Sibu terus membangun dengan pesat.
Kawasan Parlimen Lanang - YB Datuk Tiong Thai Khing.... sempat dikunjungi..
Kawasan Sibu dan Lanang telah selesai dikunjungi oleh kru Ronda - Ronda SARAWAKfm... perjalanan akan diteruskan ke kawasan Parlimen Selangau dan Mukah...

Tuesday 5 March 2013

Hari Yang Ke 5 Ronda - Ronda SARAWAKfm

Ronda - Ronda SARAWAKfm di Julau dan Kanowit...

... pemandangan dari jeti di pekan Julau
Deretan kedai di pekan Julau...
Pemandangan biasa di pekan Julau...
DJ Edwin... kru  menemubual salah seorang penduduk di Julau...
Perjalanan Seterusnya ke Daerah Kanowit...

Dari  Julau kru Ronda - Ronda SARAWAKfm bergegas ke pekan Kanowit untuk meninjau keadaan di Kanowit serta menemubual beberapa orang penduduk di kawasan Kanowit.Kami paparkan di sini...

Turut memberi komitmen... penduduk setempat dan ketua measyarakat.
... En. Wan, penjawat awam di Kanowit... terima kasih.
Temubual bersama YB Datuk Aaron Dagang....

Ronda - Ronda SARAWAKfm...Seterusnya

Seterusnya Ronda - Ronda...

3 Mac 2013

Perjalanan kru Ronda - Ronda SARAWAKfm meneruskan perjalanan lagi ke Saratok. Di Saratok kru Ronda - Ronda SARAWAKfm meninjau sekitar pekan Saratok dan kampung - kampung disekitarnya bagi melihat sendiri pembangunan serta kemajuan yang dinikmati masyarakat setempat. Dalam perjalanan meninjau keadaan di kasawan sekitar pekan Saratok kami singgah di Kampung Tanjong. singgah di rumah Tok Penghulu Hj. Hamid bin Salleh.
Penghulu yang cukup berpengelaman itu bukan sahaja mengalas tugas sebagai tok penghulu malah lebih dari itu, beliau juga seorang peminat muzik tradisional, pembuat peralatan muzik seperti gambus dan biola tempatan serta peralatan lain seprti hulu parang, sarung parang dan pelbagai lagi yang unik dan menarik. itulah kehebatan Tok Penghulu Hj. Hamid bin Salleh.Berikut antaraaktiviti yang sempat lensa kru Ronda - Ronda SARAWAKfm rakamkan...
Penghulu Hj. Hamid Salleh mencuba biola buatanya sendiri....
Berkongsi pengalaman dan menceritakan tentang pembangunan yg dinikmati di kampung halaman....
4 Mac 2013

Hari yang keempat kru terus menjelajah untuk meninjau kawasan seterusnya, bandar nenas, Sarikei. Di Sarikei hari pertama kami bertandang ke kedai / Kafe 1 Malaysia dan sempat menemubual tuan punya kafe tersebut dan pelanggan yang berkunjung untuk menikmati juadah yang ditawarkan dengan harga berpatutan.


Kafe 1 Malaysia di bandar Sarikei...
Seketika menemubual tuan punya Kafe 1 Malaysia, Pn.Nurziana bt. Zulmadia...
En. Zulmadia b. Abdullah..... satu - satunya kafe 1Malaysia di Sarikei.
Pengunjung Kafe 1 Malaysia... En. Johor b. Naie dari Kampung Selalang.


Pemanca Laden ak. Sebang... terima kasih.

Sekadar pose untuk semua.... terima kasih yang banyak membantu ketika kami di Sarikei En. Abdul Latiff...





Monday 4 March 2013

Ronda - Ronda SARAWAKfm

Jelajah Ronda - Ronda SARAWAKfm Telah Bermula...

1 Mac 2013 Jelajah Ronda - Ronda SARAWAKfm telah bermula dan telahpun berlepas dari Kuching menuju ke Sri Aman. Kru Ronda - Ronda SARAWAKfm terdiri dari Shaq Rani, DJ Rosli Muta (SARAWAKfm) dan DJ Edwin (WAIfm). Perjalanan yang akan melalui semua kawasan Parlimen di Sarawak akan mengambil masa lebih kurang 10 hari. Sehingga hari yang keempat (4 Mac 2013) ini kru telah tiba di bandar Sibu (petang tadi).

1 Mac 2013 (Jumaat)
Hari pertama kru Ronda - Ronda SARAWAKfm telah singgah di pekan Lachau dan kemudian terus ke bandar Sri Aman. Kru telah bermalam di bandar Sri Aman.
Temubual bersama Kaunselor janggong ak. Sambut... DJ Rosli dan DJ Edwin.
DJ Rosli Muta menemubual Penghulu Lee Tong Sen...
Menemubual pelajar di Kampung Hilir Sri Aman...
Antara belia yang sempat di temubual sepanjang Jelajah Ronda - Ronda SARAWAKfm... semasa bermain futsal di Kampung Hilir Sri Aman.
Pose istimewa untuk pendengar SARAWAKfm... pemain futsal.
DJ Rosli menemubual YB Masir Kujat, Ahli Parlimen P202 Sri Aman...
2 Mac 2013 (Sabtu)
Hari kedua kru Ronda - Ronda SARAWAKfm meninjau keadaan di Parlimen P 203 - Lubok Antu. Kebetulan pada hari tersebut kru Ronda - Ronda SARAWAKfm sempat menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Bersempena Dengan Lawatan YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud di Rumah Mudin, Kaong Ulu, Lubuk Antu. perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Rumah Mudin, Kaong Ulu, Lubuk Antu dari bandar Sri Aman. Dalam majlis tersebut kru Ronda - Ronda SARAWAKfm sempat menemubual YB William Nyalau, Ahli Parlimen Lubok Antu - P203 dan juga seorang pesara (Guru Besar), Cikgu Sylvester Embuas. 


... baru menjejakkan kaki di Rumah K.aong
Ruai di Rh. Mudin, Kaong Ulu....


Bersama dengan pesara guru Cikgu Sylvester Embuas...
Sempat menemubual YB Wiliam Nyalau Ahli Parlimen P203 Lubok Antu.
YAB Ketua Menteri Sarawak... semasa majlis di Rumah Mudin, Kaong Ulu.
Semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.... Rumah Mudin, Kaong Ulu.
P204 - Betong
Persinggahan seterusnya... kampung Masjid, Betong sempat menemubual Pn. Dayang Madinah - penjawat awam.
Menemubual Cik Dayang Noorkhatina... belia di Betong.
Temubual 'live'  Dato' Sri Douglas Uggah Embas, menerusi SARAWAKfm - Jelajah Ronda - Ronda SARAWAKfm di SMK Ulu Layar, Betong.
YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak. Numpang juga sempat ditemubual secara 'live' menerusi SARAWAKfm dan WAIfm semasa Jelajah Ronda - Ronda SARAWAKfm...