Wednesday 21 November 2012

SINGGAH LOK...SARAWAKfm KE LIMBANG

Kunjungan Singgah Lok.. SARAWAKfm ke Limbang...

Untuk siri jelajah Singgah Lok... SARAWAKfm kali yang kedua kunjungan kru Singgah Lok.. SARAWAKfm ialah bandar di utara negeri Sarawak, Limbang. Aktiviti yang akan diadakan hujung minggu ini, 24 dan 25 November 2012  akan disikan dengan pelbagai agenda menarik. Kru Singgah Lok... di Limbang akan membawa beberapa orang DJ SARAWAKfm antaranya DJ Rosli Muta, DJ Azizah, DJ Melati, DJ Yuz dan DJ AJ. Selain itu Singgah Lok... SARAWAKfm yang berkerjasama dengan LIMBANGfm serta beberapa agensi tempatan yang lain di Limbang itu telah merangka beberapa aktiviti seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Ratu Kebaya, Pertandingan Karaoke dan pelbagai lagi.
Peta Limbang, kunjungan kedua Singgah Lok.. SARAWAKfm
Bandar Limbang... 
Singgah Lok... SARAWAKfm yang bakal berlangsung 2 hari bermula 24 November ini selain menganjurkan pelbagai aktiviti pertandingan juga akan menyiarkan secara langsung program Bermukun yang cukup sinonim dengan SARAWAKfm. Selain itu juga ada gerai jualan, gerai pameran, DJ Corner dan pelbagai lagi program dan aktiviti untuk mengisi hujungf minggu warga Limbang. Singgah Lok... SARAWAKfm juga akan menampilkan artis seperti Dali Ahli Fiqir, Kina Mentor dan beberapa orang artis tempatan yang lain. Nantikan kunjungan Singgah Lok... SARAWAKfm di Limbang hujung minggu ini. Untuk menjayakan aktiviti Singgah Lok... SARAWAKfm di Limbang selain agensi tempatan yang lain Mas Wings - Wings Of Love telah menaja sebahagian dari tiket penerbangan Kuching - Miri - Limbang - Miri - Kuching kru Singgah Lok.. SARAWAKfm. Terima kasih Mas Wings.
Terima kasih daun keladi.... Mas Wings turut menjayakan Singgah Lok... SARAWAKfm
Bagi menyemarakkkan lagi pengisian aktiviti Singgah Lok SARAWAKfm di Limbang agensi seperti FAMA Limbang, Pejabat Residen / Daerah Limbang, PDRM, Rela, Majlis Daerah Limbang, Sarawak Energy dna banyak lagi agensi yang turut menyumbang dalam pelbagai bentuk. Terima kasih warga Limbang dan nantikan Singgah Lok... SARAWAKfm Sabtu dan Ahad ini (24 & 25 Dis).








Terima kasih... Bank Rakyat Limbang turut memberi
sumbangan untuk menjayakan program  Singgah Lok... SARAWAKfm
         

FAMA Limbang turut menyumbang untuk
menjayakan program di Limbang...

Tuesday 20 November 2012

SINGGAH LOK... SARAWAKfm... Meriahnya

Antara kenangan menarik semasa aktiviti Singgah Lok.. SARAWAKfm di Sadong Jaya baru-baru ini.
Biar betul..... YB Ir Aidel memasak bubur pedas... rasanya entah, kena tanya YB sendiri...
Sebahagian dari peserta Pertandingan Mewarna (kanak - kanak dan kanak - kanak OKU) 
Persediaan sebelum segalanya bermula...
Meriah....! Singgah Lok... SARAWAKfm
Mini Karnival Singgah Lok... SARAWAKfm  di Sadong Jaya
Peserta Pertadingan Ratu Kebaya Singgah Lok... SARAWAKfm...

Wednesday 14 November 2012

Singgah Lok... SARAWAKfm

Destinasi Seterusnya... Singgah Lok... SARAWAKfm
          Setelah berjaya melunaskan satu tanggungjawab dengan jayanya di daerah kecil Sadong Jaya baru-baru ini, kru Singgah Lok... SARAWAKfm merangka beberapa perancangan untuk program Singgah Lok SARAWAKfm. Program yang lebih menjurus kepada pendekatan bersama dengan rakyat itu membawa terus radio RTM khasnya SARAWAKfm ke dalam pangkuan masyarakat setempat. Jelas program sebegitu dapat memasyarakatkan radio RTM khasnya SARAWAKfm. 
          Program yang dirangka untuk mengetengahkan seberapa banyak produk, individu, pemimpin masyarkat, pemimpin - pemimpin, makanan, adat tradisi dan budaya setempat itu dilihat dapat menjadi medan atau media bagi radio SARAWAKfm untuk lebih dekat dan mesra dengan masyarakat pendengar. Pelbagai acara dirangka untuk mengisi program tersebut antaranya Pertandingan Ratu Kebaya Singgah Lok..., Pertandingan Karaoke Sensasi Singgah Lok..., Pertandingan Bermukun / Bertandak Singgah Lok..., Pertandingan Pasangan Pengantin dan Tatarias Pengantin Singgah Lok..., Pertandingan Mewarna dan Pakaian Beragam untuk kanak - kanak, senam seni, sukaneka, gerai jualan dan gerai pameran serta banyak lagi aktiviti lain. Untuk seterusnya Singgah Lok... SARAWAKfm dijangka akan singgah di Limbang dan di Pusa.
          Program Singgah Lok... SARAWAKfm di Limbang dijangka akan diadakan di Tempat Letak Kereta MDL pada 24 dan 25 November 2012 manakala di Pusa pula dijangka akan diadakan pada 22 dan 23 Disember 2012. Program Singgah Lok... SARAWAKfm dimeriahkan oleh DJ - DJ SARAWAKfm disamping artis - artis bermukun / gendang, artis tempatan dan juga artis ternama. Nantikan disetiap kehadiran Singgah Lok... SARAWAKfm di tempat anda.
Sound check indie band... untuk segmen Indie Band Singgah Lok... SARAWAKfm

Gelar Budaya RTM - RRI... Entikong

2 Budaya... 2 Negara... 2 Organisasi... RTM & RRI
Sabtu... baru sampai di pekan Entikong...  sebahagian dari kru yang terlibat
          2 budaya, 2 negara dan 2 badan penyiaran rasmi 2 negara, Malaysia dan Indonesia bergabung tenaga menjayakan Gelar Budaya Perbatasan di Entikong, Kalimantan Barat, Indonesia pada 10 dan 11 November 2012. Program anjuran bersama RRI Pontianak dan RTM Kuching Sarawak itu telah diadakan dengan cukup meriah di pekan Entikong, sebuah pekan di perbatasan Sarawak, Malaysia dengan Kaliman Barat, Indonesia. Program tersebut telah menemukan dan mengabungkan 2 tenaga kerja yakni warga kerja RRI dan RTM Sarawak khasnya SARAWAKfm dan Bahagian Hiburan RTM Kuching. Pelbagai agenda telah disusun atur dan dilaksanakan dengan jayanya, antaranya ialah rakaman berbalas pantun dan program siaran langsung (live) pentas hiburan dan budaya dari tapak / lokasi aktiviti diadakan di pekan perbatasan, Entikong.
Berhenti seketika di sempadan... sebelum bergerak masuk ke lokasi...
DJ Arm dan DJ Yuz.... bakal beraksi di pentas Gelar Budaya Perbatasan....
Pasukan pantun SARAWAKfm... dari kiri DJ Syaza, DJ Arm dan DJ Nana...
       

Singgah Lok... SARAWAKfm, Sadong Jaya

Singgah Lok... SARAWAKfm Singgah di Sadong Jaya...
Sebahagian kru SARAWAKfm... Singgah Lok... SARAWAKfm di Sadong Jaya.
Dari kiri DJ Muz, DJ Nana, Shaq Raini, DJ Mirza, DJ Syaza dan DJ Barb.
DJ Yus, DJ Rosli, DJ Nana, DJ Syaza dan DJ Arm... beraksi di pentas...
          Debaran, kegusaran, kerisauan dan kegelisahan akhirnya berbalas jua dengan kejayaan program atau aktiviti pertama Singgah Lok... SARAWAKfm yang telah diadakan di daerah kecil Sadong Jaya pada 3 dan 4 November 2012. Terima kasih warga Sadong Jaya yang cukup sporting dan memberi kerjasama yang begitu  baik dalam menjayakan aktiviti tersebut.
          Singgah Lok... SARAWAKfm, Sadong Jaya merupakan program pertama SARAWAKfm yang seumpamanya diadakan tahun 2012. Tahniah kepada semua warga SARAWAKfm yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut terutamanya penerbit program tersebut DJ Rosli Muta, penolong penerbitnya, DJ Mirza dan semua DJ - DJ yang terlibat antaranya DJ AJ, DJ Yuz, DJ Arm, DJ Nana, DJ Barb, DJ Syaza, DJ Uji, DJ Sue (Surinam), DJ Sarina dan DJ Muz.
YB Hjh. Nancy Hj. Shukri ditemubual secara langsung... DJ Corner Singgah Lok... SARAWAKfm.
Sebahagian masyarakat  di Sadong Jaya hadir memeriahkan Singgah Lok... SARAWAKfm...          
          Program 2 hari itu telah dirasmikan oleh YB Hjh Nancy Hj Shukri pada 3 November 2012 dan majlis penangguhannya telah dilakukan oleh YB Ir. Aidel Lariwoo. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pertandingan Karaoke Sensasi Singgah Lok..., Pertandingan Kebaya Singgah Lok..., Pertadingan Pasangan Pengantin Singgah Lok..., Pertandingan Bertandak/Bermukun Singgah Lok..., Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak, Mewarna Kanak-Kanak, Sukaneka, Senam Seni dan banyak lagi.
          Program yang berkonsepkan mini karnival itu turut menyediakan gerai jualan dan pameran serta beberapa demonstrasi seperti masakan, tatarias, solekan dan pelbagai lagi. Turut memeriahkan program tersebut ialah Daus dan artis tempatan seperti Nurfaezah Busman, Stanley, band Say Hello and Good Morning dan beberapa orang lagi.
Daus turut sama membuat persembahan semasa program Singgah Lok... SARAWAKfm
Antara peserta Pertandingan Ratu Kebaya Singgah Lok...
Gangnam Style... kumpulan penari yang sama-sama mencuri perhatian semasa Singgah Lok...
Peserta Pertandingan Pasangan Pengantin dan Tatarias Pengantin Singgah Lok...
Sumbangan daripada SARAWAKfm menerusi program Titik Sentuhan SARAWAKfm...
untuk golongan yang kurang bernasib baik (miskin) disampaikan oleh YB Hjh Nancy dan YB Ir. Aidel...
Acara bermukun / bertandak cukup sinonim dengan SARAWAKfm...
live bermukun dari Sadong Jaya ...
          Program Singgah Lok... SARAWAKfm telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada Pegawai Daerah Asayajaya, Puan. Rubiah Hj. Wang, pejabat daerah kecil sadong Jaya dan masyarakat setempat di Sadong Jaya termasuk semua yang terlibat menjayakan program Singgah Lok... SARAWAKfm. Tidak dilupakan juga terima kasih tidak terhingga kepadam penyumbang / penaja seperti A & E Event Management, Bas Asia, Perodua Aerodrive Matang, Keringkam Jingga, Utusan Sarawak dan semua syarikat, jabatan, agensi kerajaan dan swasta dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sama-sama menjayakan Singgah Lok... SARAWAKfm.