Tuesday 11 December 2012

Singgah Lok... SARAWAKfm Bakal Singgah Di Pusa

Singgah Di Pusa...

     Peghujung November yang baru lalu kru Singgah Lok... SARAWAKfm telah bertandang dan berkampung di Limbang untuk menjayakan siri jelajah SARAWAKfm menerusi program Radio Di Lokasi - Singgah Lok... SARAWAKfm. Pelbagai cerita manis, suka dan duka kru Singgah Lok... SARAWAKfm ketika berada di Limbang... semua itu menjadi memori indah buat kami. Kini selepas sebahagian dari kru SARAWAKfm berkunjung ke utara Semenanjung Malaysia - Langkawi, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang maka bersambung semula kerja-kerja serta kesibukkan dalam merangka setiap aktiviti yang bakal diadakan nanti di Pusa. 
     Penerbit Eksekutif, DJ Rosli Muta dan Penerbit Program Singgah Lok... SARAWAKfm (Pusa), DJ Arm (Amran) telah bertandang untuk bermesyuarat di Pusa bersama pihak Pejabat Daerah Kecil Pusa, pelbagai aktiviti telah dirangka.
Gambar hiasan - Sambutan semasa di Sadong Jaya...
     Seperti biasa antara pengisian yang telah dirangka ialah Pertandingan Karaoke Singgah Lok... SARAWAKfm, Pertandingan Ratu Kebaya Singgah Lok.. SARAWAKfm, Pertandingan Bertandak Singgah Lok... SARAWAKfm dan pelbagai lagi pertandingan yang bakal diadakan.
Bagi masyarakat setempat yakni penduduk beberapa buah kampung dicadangkan juga sukaneka dan pertandingan tali tali antara kampung serta pelbagai acara lain lagi.
     Aktiviti dijangka akan bermula pada 21 Disember hingga 23 Disember 2012. Kru Singgah Lok... SARAWAKfm akan bertolak ke Pusa pada pagi 21 Disember 2012 dan akan berada di Pusa sehingga 23 Disember 2012 (Ahad). Antara DJ yang akan turun padang untuk Singgah Lok... SARAWAKfm kali ini ialah DJ Rosli Muta, DJ Arm, DJ Surinam, DJ Yuz dan DJ Uji. Temui mereka di tapak Mini Karnival Singgah Lok... SARAWAKfm.

No comments:

Post a Comment