Thursday 18 October 2012

SARAWAKfm... Langkah Seterusnya

SARAWAKfm seterusnya...


SARAWAKfm... perjalanan yang masih terlalu panjang untuk diteruskan. Penghujungnya masih menjadi tandatanya atau bagaimana? Apapun itu bukan persoalannya... yang seringkali menjadi tanda soalnya ialah macam mana gerak langkah..? Kecepatannya / kelajuannya...? Gayanya...? Penampilannya...? ... dan macam-macam lagi semuanya itu memerlukan satu perancangan yang cukup teliti dan percambahan minda yang tidak terlingkup dalam ruang tudung saji sahaja, tetapi harus melangkaui garisan atmosfera alam semesta...(hehehehe... bunyinya terlalu bernafsu...) tetapi hakikatnya harus begitu. melangkah dengan nafas baharu, cerita baharu, idea baharu, tenaga baharu, alternatif baharu dan serba serbi baharu.... Persoalan lagi... bila harus mula melangkah atau mengerak tarinya? Yaaaa.. kalau nak diikutkan hati hendak di mulakan gerak tarinya ketika ini juga tetapi arusnya harus ditelaah sebaik mungkin sebelum menongkahnya. Apapun dengan jentera yang ada, keyakinan dalam kalangan warga kian meningkat... alhamdulilah dan kayakinan itu akan terus membakar semangat warga SARAWAKfm untuk terus memikul amanat bagi memartabatkan karya lantas dilestarikan buat pendengar yang dikasihi... SARAWAKfm Sehati Sejiwa .