Wednesday 14 November 2012

Singgah Lok... SARAWAKfm

Destinasi Seterusnya... Singgah Lok... SARAWAKfm
          Setelah berjaya melunaskan satu tanggungjawab dengan jayanya di daerah kecil Sadong Jaya baru-baru ini, kru Singgah Lok... SARAWAKfm merangka beberapa perancangan untuk program Singgah Lok SARAWAKfm. Program yang lebih menjurus kepada pendekatan bersama dengan rakyat itu membawa terus radio RTM khasnya SARAWAKfm ke dalam pangkuan masyarakat setempat. Jelas program sebegitu dapat memasyarakatkan radio RTM khasnya SARAWAKfm. 
          Program yang dirangka untuk mengetengahkan seberapa banyak produk, individu, pemimpin masyarkat, pemimpin - pemimpin, makanan, adat tradisi dan budaya setempat itu dilihat dapat menjadi medan atau media bagi radio SARAWAKfm untuk lebih dekat dan mesra dengan masyarakat pendengar. Pelbagai acara dirangka untuk mengisi program tersebut antaranya Pertandingan Ratu Kebaya Singgah Lok..., Pertandingan Karaoke Sensasi Singgah Lok..., Pertandingan Bermukun / Bertandak Singgah Lok..., Pertandingan Pasangan Pengantin dan Tatarias Pengantin Singgah Lok..., Pertandingan Mewarna dan Pakaian Beragam untuk kanak - kanak, senam seni, sukaneka, gerai jualan dan gerai pameran serta banyak lagi aktiviti lain. Untuk seterusnya Singgah Lok... SARAWAKfm dijangka akan singgah di Limbang dan di Pusa.
          Program Singgah Lok... SARAWAKfm di Limbang dijangka akan diadakan di Tempat Letak Kereta MDL pada 24 dan 25 November 2012 manakala di Pusa pula dijangka akan diadakan pada 22 dan 23 Disember 2012. Program Singgah Lok... SARAWAKfm dimeriahkan oleh DJ - DJ SARAWAKfm disamping artis - artis bermukun / gendang, artis tempatan dan juga artis ternama. Nantikan disetiap kehadiran Singgah Lok... SARAWAKfm di tempat anda.
Sound check indie band... untuk segmen Indie Band Singgah Lok... SARAWAKfm

No comments:

Post a Comment