Tuesday, 5 March 2013

Ronda - Ronda SARAWAKfm...Seterusnya

Seterusnya Ronda - Ronda...

3 Mac 2013

Perjalanan kru Ronda - Ronda SARAWAKfm meneruskan perjalanan lagi ke Saratok. Di Saratok kru Ronda - Ronda SARAWAKfm meninjau sekitar pekan Saratok dan kampung - kampung disekitarnya bagi melihat sendiri pembangunan serta kemajuan yang dinikmati masyarakat setempat. Dalam perjalanan meninjau keadaan di kasawan sekitar pekan Saratok kami singgah di Kampung Tanjong. singgah di rumah Tok Penghulu Hj. Hamid bin Salleh.
Penghulu yang cukup berpengelaman itu bukan sahaja mengalas tugas sebagai tok penghulu malah lebih dari itu, beliau juga seorang peminat muzik tradisional, pembuat peralatan muzik seperti gambus dan biola tempatan serta peralatan lain seprti hulu parang, sarung parang dan pelbagai lagi yang unik dan menarik. itulah kehebatan Tok Penghulu Hj. Hamid bin Salleh.Berikut antaraaktiviti yang sempat lensa kru Ronda - Ronda SARAWAKfm rakamkan...
Penghulu Hj. Hamid Salleh mencuba biola buatanya sendiri....
Berkongsi pengalaman dan menceritakan tentang pembangunan yg dinikmati di kampung halaman....
4 Mac 2013

Hari yang keempat kru terus menjelajah untuk meninjau kawasan seterusnya, bandar nenas, Sarikei. Di Sarikei hari pertama kami bertandang ke kedai / Kafe 1 Malaysia dan sempat menemubual tuan punya kafe tersebut dan pelanggan yang berkunjung untuk menikmati juadah yang ditawarkan dengan harga berpatutan.


Kafe 1 Malaysia di bandar Sarikei...
Seketika menemubual tuan punya Kafe 1 Malaysia, Pn.Nurziana bt. Zulmadia...
En. Zulmadia b. Abdullah..... satu - satunya kafe 1Malaysia di Sarikei.
Pengunjung Kafe 1 Malaysia... En. Johor b. Naie dari Kampung Selalang.


Pemanca Laden ak. Sebang... terima kasih.

Sekadar pose untuk semua.... terima kasih yang banyak membantu ketika kami di Sarikei En. Abdul Latiff...





No comments:

Post a Comment