Monday, 31 December 2012

Segmen Dan Program Baharu SARAWAKfm

SARAWAKfm... Sehati Sejiwa - Frekuensi di Kuching 88.9      
          Mulai hari ini 1 Januari 2013, SARAWAKfm berubah wajah meskipun tidak secara total, namun itu adalah satu perubahan yang bakal terus menjadikan penampilan SARAWAKfm menjadi terus relevan dalam dunia penyiaran tempatan. SARAWAKfm terus menongkah arus penyiaran tempatan dengan berani berubah untuk sebuah pembaharuan dan kebaikan bersama. Tahniah buat semua warga SARAWAKfm yang berani menerima cabaran tersebut....
          Antara perubahannya ialah perubahan dalam pembahagian masa dan segmen seperti ;
          1.     Layan (1 pagi - 5 pagi)
          2.     Pagi Tuk... (5 pagi - 9 pagi)
          3.     Citra (9 pagi - 1 tengahari)
          4.     Ritma (1 tengahari - 5 petang)
          5.     Simfoni (5 petang - 9 malam)
          6.     Gatra (9 malam - 1 pagi)
          Perubahan itu juga melibatkan percaturan dan perubahan DJ - DJ yang bertugas dimana setiap Dj dipertanggungjawabkan pada segmen masing - masing, bagi menjadikan DJ dan segmen yang ada di SARAWAKfm lebih eksklusif dan tersendiri.
          Beberapa buah program baharu juga diterbitkan mengiringi perubahan tersebut antaranya ialah Tips Pagi, Portal indie, Portal Jazz, Rock Je..., dan banyak lagi. temui dan dengari kami di 88.9 di Kuching dan kami akan sentiasa berysaha untuk memberikan yang terbaik untuk anda pendengar SARAWAKfm yang yang hormati dan di sayangi... SELAMAT MANYAMBUT TAHUN BAHARU 2013 buat semua pendengar SARAWAKfm....

Pusa... Singgah Lok... SARAWAKfm Meriah

Ternyata penduduk Pusa begitu ramai dan meriah serta begitu menghargai aktiviti yang dianjurkan dan dilakukan bersama dengan penduduk setempat...

Persiapan sebelum segalanya bermula... kru teknikal Unit Siaran Luar RTM Kuching
Sokongan dari masyarakat di Pusa.... terima kasih.
Meriah... sambutan masyarakat di Pusa untuk Singgah Lok... SARAWAKfm
Tetap setia... terima kasih warga Pusa
Salah seorang peserta tarian ala Bollywood....

Singgah Lok... SARAWAKfm - 21 Disember 2012

Memang tidak dapat dinafikan masyarakat di Pusa memang cukup sporting dan memberi sokongan yang padu buat semua kru Singgah Lok... SARAWAKfm... Aktiviti 21 Disember 2012 sebelah malam (Maghrib - Isyak) di Masjid Kampung Kalok.

Solat berjemaah Naghrib dan Isyak...
Semasa najlis Ceramah Agama dan berjemaah solat Maghrib dan Isyak di Masjid Kampung Kalok.

Penceramah yang dijemput khas bagi menjayakan majlis tersebut.... terima kasih BTN.
Jamuan ringan disediakan selesai solat berjemaah... buat penduduk kampung

Selesai... tiba masa untuk menikmati hidangan...

Sunday, 30 December 2012

Pusa... Terima Kasih Semuanya...

Pusa Memang Gempak!!!

          Susah untuk diceritakan dan digambarkan disini menerusi kata-kata ataupun ayat, cuma gambar yang mampu menceritakan segalanya... Apapun terima kasih masyarakat di Pusa dan kawasan yang berdekatan lantaran anda semua begitu 'sporting' memberi sokongan dan komitmen yang begitu baik untuk SARAWAKfm khasnya kru Singgah Lok... SARAWAKfm yang seramai 6 orang sahaja yang turun padang di Pusa. Terima kasih juga atas kesungguhan kawan-kawan kru Singgah Lok... SARAWAKfm yang telah menjayakan kunjungan Singgah Lok... SARAWAKfm ke Pusa... Turun padang di Pusa, 21 - 23 Disember 2012 yang baru lalu ialah Pen. Pengurus SARAWAKfm, En. Saiful Arini W., DJ Rosli Muta - Penerbit Eksekutif Singgah Lok... SARAWAKfm, DJ Arm - Penerbit Singgah Lok... SARAWAKfm, dan 3 kru yang lain, DJ Uji, DJ, AJ dan DJ Sue - Pen. Penerbit. Ooooo... biar gambar ini bercerita....
Sebahagian dari kru keseluruhan yang turut memeriahkan Singgah Lok... SARAWAKfm di Pusa.
Tengah memunggah hamper dan pelbagai lagi barangan dan keprerluan untuk Singgah Lok... SARAWAKfm.
Masukkan dalam pejabat.... 
Susun.... banyaknya hamper....
Membuat persiapan terakhir....
Sebahagian dari gambar - gamber menceritakan perjalanan Singgah Lok... SARAWAKfm di Pusa... banyak lagi yang akan di'publish di ruangan in...

Wednesday, 19 December 2012

Sidang Media Singgah Lok... SARAWAKfm

Sidang Media...

Sidang media untuk program Singgah Lok SARAWAKfm telahpun diadakan petang tadi bertempat di Penview Hotel. Terima kasih kepada semua media yang hadir untuk majlis sidang media tersebut. Antara DJ SARAWAKfm yang hadir ialah DJ Rosli, DJ Arm, DJ Sue, DJ Uji, DJ Mirza, DJ Jai, DJ Emi, En. Montogomaty Monthar, Pengurus SARWAKfm dan En. Saiful Arini W., Pen. Pengurus SARAWAKfm. Lokasi dan makan minum untuk majlis tersebut ditaja sepenuhnya oleh Penview Hotel. Terima kasih Penview Hotel.


Tuesday, 18 December 2012

Singgh Lok... di Pusa

Singgah Bermalam di Pusa



          Singgah Lok... SARAWAKfm bakal berkampung di Pusa hujung minggu ini, 21 hingga 23 Disember 2012. Pelbagai aktiviti sudah dirangka bakal diadakan bersempena dengan program Singgah Lok... SARAWAKfm antaranya seperti solat berjemaah dan ceramah agama pada malam 21 Disember, pelbagai pertandingan antaranya pertandingan karaoke, pertandingan ratu kebaya, pertandingan tarian ala bollywood, pertandingan bertandak, pertandingan tarik tali antara kampung (sukaneka), sukaneka, senam seni, persembahan artis, pelbagai permainan ringkas dan macam-macam lagi.
          Untuk itu SARAWAKfm akan tampil dengan satu sidang media petang esok (19 Dismber) bertempat di Penview Hotel jam 3 petang. Untuk tujuan promosi SARAWAKfm juga akan tampil menerusi Sarawak Aktif jam 9 - 10 pagi esok. Untuk maklumat lebih lanjut ikuti Sarawak Aktif Astro Saluran180 esok.
          Terima kasih diucapkan kepada penaja, penyumbang dan yang membantu menjayakan program Singgah Lok... SARAWAKfm seperti Bas Asia yang menajakan perjalanan kami dari Kuching ke Pusa menggunakan bas Asia, Penview Hotel yang menaja tempat makanan dan minuman serta lokasi untuk sidang media esok (19 Disember) dan banyak lagi pihak lain... terima kasih daun keladi.


Wednesday, 12 December 2012

Singgah Lok... SARAWAKfm Di Pusa

Singgah Lok... 

     Singgah Lok... SARAWAKfm akan bertandang ke daerah kecil Pusa pada 21 - 23 Disember 2012 (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Temui DJ - DJ SARAWAKfm seperti DJ Rosli, DJ Arm, DJ Sue, DJ AJ dan DJ Uji bersempena dengan program Radio Di Lokasi SARAWAKfm - Singgah Lok... SARAWAKfm. Program dengan kerjasama RaSAfm dan Pejabat Daerah Kecil Pusa ini mendapat sokongan dari pihak YB P. 201 Batang Lupar, Datuk Hajjah Rohani Karim. 
Peta Daerah Kecil Pusa... Singgah Lok... SARAWAKfm
     Pelbagai aktiviti telah di rangka untuk mengisi dan memeriahkan lago program Singgah Lok... SARAWAKfm di Pusa antaranya ialah ;
     1.   Pertandingan Karaoke Sensasi Singgah Lok... SARAWAKfm
     2.   Pertandingan Ratu Kebaya Singgah Lok... SARAWAKfm
     3.   Pertandingan Bertandak Singgah Lok... SARAWAKfm
     4.   Pertandingan tarian Bollywood (solo) Singgah Lok... SARAWAKfm
     5.   Sukaneka 
     6.   Senam seni
     7.   Kuiz
     8.   Permainan santai
     9.   DJ Corner
    10.  Gerai Jualan
    11.  Siaran langsung Bermukun menerusi SARAWAKfm
           dan banyak lagi...
Replika ikan terubok... Ikan terubok yang cukup sinonim dengan Pusa.

Tuesday, 11 December 2012

Jalan - Jalan Utara... (Perlis)

Perlis... Macam-Macam Adaaaa.....

     Lawatan ke PERLISfm dan mesyuarat dengan PERLISfm... lepas tu melawat kebeberapa tempat menarik di Perlis... antaranya Taman Ular dan Reptilia Perlis, Taman Herba, Taman Anggur dan yang penting sekali ialah shopping di Padang Besar....
Kat jeti / terminal dah nak bertolak dari Langkawi ke Kuala Perlis...
Berbincang sesuatu dengan teman-tenan di PERLISfm... DJ Corrina lagak bagai wartawan.....
Shaq Raini, DJ Mat Shah (PERLISfm), DJ Edwin (WAIfm) dan teman - teman di konti PERLISfm
Dah nak balik .... tak jadi singgah kat Gua Kelam...
En. Montogomary.... bermain dengan ular sawa albino... ada berani????
Naik "keretapi" nak pergi ke Taman Anggur...
Berposing di Taman Anggur... Perlis... DJ Uji dan DJ Corrina.
Buah anggur... ni kat Taman Anggur... Perlis.
DJ Corrina berposing di Taman Anggur....

Jalan - Jalan Ke Utara... Langkawi

Langkawi... 

     4 Disember 2012... DJ Corrina, DJ Uji dan saya serta ahli rombongan yang lain gertolak ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Langkawi untuk mengadakan Lawatan Kwrja dan mesyuarat Stesen Kembar antara SARAWAKfm dan PERLISfm. DJ AJ menyertai kami dari KLIA ke Langkawi untuk melengkapkan lagi ahli rombongan kami.
DJ Corrina, DJ Uji dan kawan - kawan di Langkawi...
     4 Disember 2012 kami berada di Langkawi dan sempat menjenguk ke Kilim Geopforest Park. Sempatlah meninjau tempat yang menarik disekitar Kilim Geoforest Park antaranya Eagle Feeding, Gua Kelawar dan beberapa tempat lagi.
Di Kilim Geoforest Park Langkawi... Shaq Raini, DJ Uji dan DJ Corrina...
     Langkawi... kalau kaum hawa mesti nak shopping pinggan mangkuk... dan saya 'for sure' cokelat yang menjadi tumpuan. Di Lamngkawi cuma sempat singgah di tempat pemprosesan minyak gamat dan shopping sahaja... Gunung Mat Cincang, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Mini Zoo dan beberapa tempat lain tu tak sempat nak jengok ler.....
Persinggah pertama... nak tengok ikan melompat, ikan pari dan lain-lainnya...
Tengok ikan.... atau bagi ikan makan....?
Sorry... tumpang sekaki nak posing kat sini...
Singgah sejenak di LANGKAWIfm...
DJ Uji dan Shaq Raini... di konti LANGKAWIfm... di temubual

Singgah Lok... SARAWAKfm Bakal Singgah Di Pusa

Singgah Di Pusa...

     Peghujung November yang baru lalu kru Singgah Lok... SARAWAKfm telah bertandang dan berkampung di Limbang untuk menjayakan siri jelajah SARAWAKfm menerusi program Radio Di Lokasi - Singgah Lok... SARAWAKfm. Pelbagai cerita manis, suka dan duka kru Singgah Lok... SARAWAKfm ketika berada di Limbang... semua itu menjadi memori indah buat kami. Kini selepas sebahagian dari kru SARAWAKfm berkunjung ke utara Semenanjung Malaysia - Langkawi, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang maka bersambung semula kerja-kerja serta kesibukkan dalam merangka setiap aktiviti yang bakal diadakan nanti di Pusa. 
     Penerbit Eksekutif, DJ Rosli Muta dan Penerbit Program Singgah Lok... SARAWAKfm (Pusa), DJ Arm (Amran) telah bertandang untuk bermesyuarat di Pusa bersama pihak Pejabat Daerah Kecil Pusa, pelbagai aktiviti telah dirangka.
Gambar hiasan - Sambutan semasa di Sadong Jaya...
     Seperti biasa antara pengisian yang telah dirangka ialah Pertandingan Karaoke Singgah Lok... SARAWAKfm, Pertandingan Ratu Kebaya Singgah Lok.. SARAWAKfm, Pertandingan Bertandak Singgah Lok... SARAWAKfm dan pelbagai lagi pertandingan yang bakal diadakan.
Bagi masyarakat setempat yakni penduduk beberapa buah kampung dicadangkan juga sukaneka dan pertandingan tali tali antara kampung serta pelbagai acara lain lagi.
     Aktiviti dijangka akan bermula pada 21 Disember hingga 23 Disember 2012. Kru Singgah Lok... SARAWAKfm akan bertolak ke Pusa pada pagi 21 Disember 2012 dan akan berada di Pusa sehingga 23 Disember 2012 (Ahad). Antara DJ yang akan turun padang untuk Singgah Lok... SARAWAKfm kali ini ialah DJ Rosli Muta, DJ Arm, DJ Surinam, DJ Yuz dan DJ Uji. Temui mereka di tapak Mini Karnival Singgah Lok... SARAWAKfm.

Monday, 10 December 2012

Singgah Lok... SARAWAKfm - Limbang Nov 2012

Singgah Lok... SARAWAKfm Singgah Di Limbang

     Edisi kedua Singgah Lok... SARAWAKfm singgah di Limbang pada 24 & 25 November 2012. Dengan tujuan dan impian yang sama seperti apa yang telah dibuat di Sadong Jaya, kru SARAWAKfm yang terdiri dari En. Montogomary Montahar - Pengurus SARAWAKfm, En. Saiful Arini W. - Penolong Pengurus SARAWAKfm, Hj. Mohd. Rosli Muta - Penerbit Eksekutif Singgah Lok... SARAWAKfm, DJ Norazizah Drahman - Penerbit Singgah Lok... SARAWAKfm dan kru yang lain seperti DJ Yuz (Pen. Penebit Singgah Lok... SARAWAKfm), DJ Emilina, DJ AJ dan DJ Melati antara kru SARAWAKfm yang bertandang ke Limbang.
DJ AJ dan DJ Emi... nak gi Limbang
     Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Pertandingan Karaoke, Pertandingan Bertandak / Bermukun, Pertandingan Ratu Kebaya, Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak, Gerai Pameran, Gerai Jualan dan pelbagai lagi permainan dan kuiz.
     Antara program yang menarik telah diadakan semasa Singgah Lok... SARAWAKfm di Limbang selain aktiviti tersebut tadi ialah persembahan artis seperti Keena Mentor dan Dali Ahli Fiqir. Persembahan pentas telah diadakan bermula jam 8.30 malam bermula dengan Pertandingan Karaoke Akhir dengan 5 orang finalisd kemudian persembahan artis jemputan Keena dan Dali. Tepat jam 1015 malam siaran langsung Bermukun telah diadakan dan berakhir jam 12.00 tengah malam.
Singgah Lok... SARAWAKfm singgah di Limbang 24 & 25 November bertempat di Medan Letak Kereta MDL.
     Pelbagai aktiiti sampingan lain telah diadakan untuk menarik pendengar sekitar bandar Limbang turut serta dalam aktiviti tersebut antara lainnya ialah permainan ringkas serta kuiz - permainan makan buah langsat, permainan membuka dan makan buah durian, sukaneka dan sebagainya.
Petugas dari Jabatan Kesihatan / Hospital Limbang turut turun padang...
Mmmm... ni pendaftaran apa... atau ada jual sesuatu ker?
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanakj Terbuka....
Penerbit ... menemuramah pengunjung... Singgah Lok... SARAWAK fm di Limbang
Mmmm menarik... pertandingan membuka dan makan buah durian...
Pertandingan Bertandak... antara pasangan yang turut bertandingan... sedondon biru...
Untuk kenangan... bersama pemenang pertandingan bertandak...
Kebetulan musim buah... buah kembayau(dabai), durian, terap dan macam-macam buah lagi...
Kebetulan pula ketika itu musim buah di kawasan utara Sarawak khasnya di Limbang, buah kembayau atau buah dabai (di kawasan lain di Sarawak), buah durian, buah terap, buah cempedak dan macam-macam jenis buah lagi. Buah dabai dijual dengan harga serendah RM3.00 sekilo dan durian ada yang RM1.00  sebiji. Sempat juga saya dan rakan sekerja DJ Rosli makan buah durian tembaga mmmm dengan harga seikat (7 biji) RM15.00. 
Mmmm sedapnya buah durian... musim buah
Ini jenis apa pulak...? Tetap buah durian juga namanya....
Juara Karaoke Singgah Lok.. SARAWAKfm
'Last nite' di Limbang... terima kasih warga Limbang.